KUCHING: Perbezaan fahaman politik diketepikan apabila Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengunjungi rumah terbuka Tahun Baharu Cina Pengerus Pakatan Harapan (PH) Sarawak, Chong Chieng Jen.

Chieng Jen yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengadakan rumah terbuka di bangunan Persatuan Gereja-gereja Sarawak di sini.

Kehadiran Abang Johari disambut dengan tarian singa dan Chieng Jen.

Abang Johari turut ditemani oleh Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri James Jemut Masing, Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Persekutuan-Negeri dan Pemantauan Projek, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali serta Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Julaihi Narawi.

Turut serta, Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr. Kelvin Yii, Adun Padungan, Wong King Wei dan Adun Pending, Violet Yong.