KUCHING: Ketibaan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta isteri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang disambut baik ketika tiba di kediaman Datuk Goh Leng Tua sekitar jam 8 malam tadi.

Beliau yang diiringi beberapa ahli parti GPS yang lain turut berkesempatan menyertai upacara menggaul ‘Yee Sang’ yang membawa maksud pembawa kemakmuran.

Masyarakat Cina percaya bahawa semakin tinggi Yee Sang diangkat ketika digaul, maka lebih banyak kemakmuran yang bakal dinikmati sepanjang tahun.

Menu ini biasanya disajikan sebagai hidangan pembuka dan dianggap sebagai simbol penyatuan, kemakmuran dan lambang kemurahan rezeki yang akan diperoleh sepanjang tahun tersebut.

Turut hadir, Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Menteri Infrastuktur dan Pembangunan Pelabuhan, Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing dan ahli parti yang lain.