MIRI: Polis Miri berjaya menyelesaikan kes kecurian kabel milik Telekom dan Sesco di Kuala Baram, Lutong, Kampung Sealine dan Piasau susulan penahanan suspek terakhir, hari ini.

Kira-kira jam 6.15 pagi tadi, suspek seorang lelaki berusia 42 tahun itu ditangkap sepasukan polis di Jalan Lutong, Kuala Baram di sini selepas disyaki terlibat dengan jenayah curi kabel.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Superintenden Mohd Sabri Zainol berkata, turut dirampas semasa serbuan adalah beberapa bekas kulit kabel telah dikopek yang dijumpai tidak jauh dari rumah suspek.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku bersama tiga orang lagi mengambil dan mencuri kabel Telekom dan Sesco di sekitar Kuala Baram, Kampung Sealine dan Pujut.