KUCHING: Enam disyaki menghidap koronavirus di Sarawak adalah negatif manakala dua lagi masih menunggu keputusan sampel darah.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, sebanyak lapan disyaki menghidap koronavirus di Sarawak setakat ini apabila enam adalah negatif manakala dua lagi masih menunggu keputusan.

“Terdapat lima kes disyaki koronavirus di Kuching apabila empat adalah negatif manakala satu lagi masih menunggu keputusan sampel darah.

“Tiga lagi masing-masing satu kes di Bintulu dan Sibu yang menunjukkan keputusan negatif sementara di Miri masih menunggu keputusan sampel darah,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat tertinggi JPBN di Wisma Bapa Malaysia sebentar tadi.

Katanya, kes disyaki menghidap koronavirus terdiri daripada empat warga tempatan, tiga warga China manakala seorang merupakan rakyat Thailand.