Abang Jo dan isteri luang masa rai TBC

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan isteri, Datin Patinggi Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang meluangkan masa mengunjungi rumah terbuka Tahun Baru Cina di sini, hari ini.

Antaranya ke rumah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Sim Kui Hian di Jalan Wan Abdul Rahman.

Selain itu ke rumah Presiden Persekutuan Cina Sarawak Datuk Richard Wee Liang Chiat di Jalan Taman Liong Seng.

Turut mengiringi Abang Johari dan isteri adalah Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing dan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Abang Johari (kanan) dan Juma’ani (dua kiri) semasa mengunjungi rumah terbuka TBC Richard Wee (dua kanan).
 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak