Abang Johari rasmikan program Rindok Digital di Simunjan

SIMUNJAN: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg merasmikan program Rindok Digital yang diadakan di Pekan Simunjan hari ini.

Program yang berlangsung selama tiga hari ini mendedahkan orang ramai mengenai dunia digital apabila menjadi platform kepada perniagaan secara online.

Di bawah Strategi Ekonomi Digital Sarawak 2018 hingga 2025, Kerajaan Sarawak di bawah Lembaga Multimedia Sarawak memfokus kepada penubuhan komuniti sedia-digital melalui pembangunan latihan digital dan penyertaan insklusif digital.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Utiliti, Datuk Stephen Rundi Utom, Ahli Parlimen Batang Sadong, Datuk Sri Nancy Shukri, Adun Simunjan, Awla Dris bersama yang lain.

Suara Sarawak