Berang tidak dapat wang, adik jerut leher kakak

KUCHING: Seorang lelaki bertindak menjerut leher kakak kandungnya yang merupakan OKU setelah kakaknya enggan memberi wangnya yang dimintanya di Taman Malihah, Jalan Matang pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Padawan Supt Aidil Bolhassan berkata, dalam kejadian melibatkan suspek lelaki yang tidak bekerja berumur 23 tahun secara tiba-tiba bertindak menumbuk dan menjerut leher kakaknya pada jam 8 malam.

Menurutnya, laporan kejadian diterima sekitar jam 9.28 malam sebelum beberapa anggota dari Unit Ronda Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan yang sedang membuat rondaan dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Kejadian dipercayai berpunca apabila suspek bengang terhadap mangsa yang enggan memberikannya wang walaupun telah didesak beberapa kali.

“Akibat gagal mendapatkan wang daripada kakaknya, suspek dipercayai bertindak ganas lalu menjerut leher mangsa menggunakan kain selimut dan juga menumbuk kepalanya,” jelasnya sebentar tadi.

Suara Sarawak