Galak masyarakat aktif bersukan

LIMBANG: Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, banyak manfaat dan faedah dapat diperoleh melalui sukan.

Sejajar itu katanya, kerajaan menggalakkan masyarakat terutamanya penjawat awam agar aktif dalam sukan.

“Kerajaan sememangnya menggalakkan masyarakat bersukan kerana ia mempunyai banyak manfaat.

“Sukan dapat meningkatkan kesihatan diri sendiri, merapatkan silaturahim antara satu dengan yang lain dan boleh dijadikan kerjaya jika berbakat dalam sesuatu acara sukan,” katanya.

Beliau berkata demikian merasmikan Kejohanan Badminton Maksak Berpasukan Bahagian Limbang di Stadium Tertutup Limbang, semalam.

Sebanyak 20 pasukan agensi Kerajaan Sarawak dan Persekutuan di Bahagian Limbang menyertai kejohanan tersebut. Dr Abdul Rahman yang juga Adun Bukit Kota berharap kejohanan sedemikian diteruskan dari semasa ke semasa.

Selain badminton, Maksak juga menganjurkan pertandingan ping pong, bola tampar dan futsal.

Residen Bahagian Limbang Ahmad Denney Ahmad Fauzi; Walikota Majlis Daerah Limbang Sufian Mohat; Pengarah Jabatan Penjara Limbang Japar Timbang dan wakil Pegawai Daerah Limbang Marcella Lily Sapun antara yang hadir.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak