Geran Institusi Pendidikan AwaI Kanak-kanak dibuka

KUCHING: Permohonan Geran Tahunan Khas (GTK) untuk Institusi Pendidikan Awal Kanakkanak 2020 dibuka mulai sekarang dan akan ditutup pada 28 Februari depan. Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, permohonan GTK tersebut boleh dilakukan sekarang.

“Laporan perbelanjaan GTK untuk tahun ini boleh dihantar pada November nanti. “Bagaimanapun untuk permohonan pula, selain daripada menghantar borang, mereka perlu melampirkan bersama-sama laporan perbelanjaan GTK sebelum ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Pembangunan Awal Kanakkanak Bil.1/2020 di Bilik Mesyuarat Utama, KWKPK di Bangunan Baitulmakmur di sini, semalam. Tambahnya lagi, GTK yang bernilai RM5,000 itu merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak dalam memperkasakan pendidikan awal kanak-kanak di negeri ini.

“Tahun ini Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM16 juta untuk melaksanakan GTK itu kepada institusi yang berdaftar. “Setakat ini, 91 peratus institusi pendidikan awal kanak-kanak Sarawak mendapat manfaat daripada GTK tersebut.

“Ia melibatkan 2,863 daripada 3,161 institusi yang memohon dan diluluskan. Mereka telah menggunakan peruntukan ini,” jelasnya. Beliau menyatakan lagi, GTK tersebut penting untuk membantu pusat penjagaan atau pendidikan awal kanak-kanak supaya mereka dapat menyediakan pemakanan yang sihat, sesi pembelajaran yang menyeronokkan dan sebagainya.

Dalam hal berkaitan, beliau juga mendedahkan statistik, prasekolah, tabika dan tadika yang berdaftar mengikut agensi di Sarawak.

“Setakat Januari 2020 ini, institusi pendidikan awal kanak-kanak di bawah Kemas mempunyai 1,468 kelas dengan 18,015 kanak-kanak.

“Bagi taska (lima tahun ke bawah), ia melibatkan 86 kelas dengan 1,189 kanak-kanak. “Bagaimanapun, sehingga 6 Januari, statistik daripada Jabatan Pendidikan Negeri mununjukkan terdapat 1,521 kelas prasekolah dan melibatkan 22,959 kanakkanak,” jelas beliau.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak