Musim ‘udang mabuk’ kini datang lagi

BALINGIAN: Fenomena pertukaran suhu air di Sungai Balingian datang lagi.

Biasanya keadaan sebegini terjadi akibat pertembungan air yang bersuhu sejuk yang datang dari kawasan hulu sungai dengan suhu yang panas pada air dari Bahagian Kuala atau hilir sungai sehingga mengakibatkan kehidupan air seperti ikan ataupun udang galah timbul untuk mencari oksigen (udara).

Disebabkan fenomena sebegini datang melanda, kehidupan di sungai Balingian terutamanya udang galah menjadi dikatakan mabuk air dan timbul dengan banyaknya semalam.

Berikutan dengan musim yang dikatakan udang mabuk tiba, di sepanjang perairan Balingian sehingga Kuala Balingian menjadikan riuh rendah dengan kehadiran ramai penduduk yang turun untuk mencari dan mengumpul udang- udang yang dikatakan hidup dan berenang di permukaan air sungai tersebut.

Menurut seorang penduduk di Balingian ditemui Suara Sarawak memberitahu bahawa beliau turut bersama penduduk lain turun mencari dan mengumpul kehadiran banyak udang hanya dengan menggunakan pengauk sahaja.

Katanya.. Selain dia, ramai penduduk kampung yang sama-sama berasa seronok sambil dengan senangnya mencari serta mengumpul hasil banyak tangkapan udang galah.

Menurutnya, beliau berjaya mengumpul lebih 20 kilogram udang galah dalam masa dua jam sahaja.

“Begitu juga dengan nasib pencari udang yang lain yang kesemuanya seakan berpesta dengan mengauk udang yang timbul di permukaan air sungai tersebut.

” Keseluruhan penduduk yang telah meluangkan masa untuk. Mengumpul tangkapan udang di sungai Balingian. Hingga Kuala Balingian tentunya sama mendapat banyak tangkapan.

” Keadaan udang sama segar seperti udang semasa ditangkap dalam musim musim tertentu melainkan hari ini udang menjadi banyak dan senang ditangkap disebabkan fenomena tersebut.” Katanya lagi.

Selain tangkapan udang galah banyak di Balingian, penduduk di Kampung Sau, Teh sehingga Jebungan dan Tutus Hulu juga turut mendapat tangkapan udang yang banyak disebabkan oleh fenomena sebegini..

Udang udang yang ditangkap bukanlah disebabkan diracun atau sebaliknya, namun sememangnya udang tersebut terpaksa menimbulkan diri untuk. Mendapatkan udara yang bersih untuk bernafas.

Bagi yang mendapat tangkapan yang banyak, tentunya jumlah tangkapan mereka adalah rezeki mereka sendiri.

Yang sememangnya sehingga kini, Batang Balingian dan Sungai Mukah bebas dari pencemaran sungai.

Kamri Dairi turut mendapat hasil yang lumayan dengan berjaya mengauk banyak udang galah yang timbul di permukaan air batang Balingian semalam.
PENUH… Musim udang galah mabuk tiba di Balingian pada setiap tahun. Kekadang terjadi dua hingga tiga kali setahun.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak