Simpan bekalan air secukupnya

LUNDU: Seluruh pengguna di kawasan daerah Lundu akan mengalami gangguan bekalan air hari ini (Khamis) dan esok.

Perkara ini disahkan oleh Jurutera Air Bahagian Kuching, JBALB dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, gangguan bekalan air dianggarkan bermula jam 8 malam sehingga 5 pagi.

Bagaimanapun katanya, pengguna di kawasan SMK Lundu dan Perumahan Mesra Rakyat Lundu (RMR) tidak terjejas.

“Gangguan bekalan air ini disebabkan kerja-kerja penyambungan yang melibatkan saluran paip bersaiz 160mm HDPE dilakukan di simpang gunung Gading ke Kampung Sebemban Lundu,” ujarnya.

Oleh itu, semua pengguna di kawasan berkenaan dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya sepanjang kerja-kerja penyambungan.

“Kami akan memastikan gangguan bekalan air ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

“Segala kesulitan yang timbul akibat gangguan ini sangat dikesali,” ujarnya.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Pejabat JBALB Kuching di talian 082-734722 atau JBALB Kuching di talian
016-8521523 (WhatsApp sahaja).

Suara Sarawak