SUA masih pantau import

SKUAD Sarawak United A (SUA) masih dalam proses pemantauan prestasi pemain import asing bagi menambah kekuatan sedia ada.

SUA dikendalikan oleh jurulatih asing dari Valencia, Sepanyol, Juan Carlos Magro sambil dibantu oleh bekas penyerang Sarawak, Safri Amit yang juga bekas jurulatih skuad Piala Belia Sarawak.

Menurut sumber, Carlos Magro masih membuat penilaian prestasi calon import asing. “Sekarang ini SUA dalam rangka persiapan akhir, namun masih menguji calon import asing,” katanya.

Skuad SUA menjalani latihan di Padang C, Petra Jaya Kuching.

Jurugambar Suara Sarawak merakamkan aksi latihan dari luar pagar padang petang semalam. SUA masih tidak memberi kebenaran kepada pihak media untuk membuat liputan persiapan pasukan.

SUA dibarisi beberapa pemain handalan dari Semenanjung Malaysia, serta import asing berkualiti tinggi.

Antara pemain ternama yang menyertai SUA ialah Ashri Chuchu, bekas pemain Sarawak yang menyertai Kuala Lumpur dalam Liga Super 2019.

SUA akan beraksi dalam Liga Premier 2020 bersama-sama Kuching FA.

Suara Sarawak