Tempat terbaik untuk anak

KUCHING: Kerajaan Sarawak menggalakkan penubuhan pusat pendidikan awal kanak-kanak seperti taska dan tadika di negeri ini kerana memberi banyak manfaat kepada semua pihak.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, penubuhan taska dan tadika bukan sahaja memudahkan ibu bapa yang bekerja, malah turut membantu kanak-kanak menyesuaikan diri di sekolah.

“Taska Sedidik Perdana UTC merupakan taska kedua yang saya lawati hari ini (semalam). Ramai kanak-kanak yang tenang dan tidak meronta-ronta setelah dihantar ke sekolah.

“Ibu bapa perlu menanam keyakinan dalam diri anak masing-masing bahawa taska dan tadika merupakan tempat untuk belajar dan menyeronokkan,” katanya pada sidang media setelah tamatnya lawatan ke Taska Sedidik Perdana UTC semalam.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak