Trend baharu tarik pelancong

KUCHING: Pangsapuri bukan lagi menjadi tempat tinggal utama bagi sesetengah pemiliknya, sebaliknya menjadi penginapan alternatif untuk pelancong.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ramai pelancong tempatan atau luar negara memilih pangsapuri sebagai tempat tinggal keluarga, selain hotel dan inap desa.

“Kerajaan Sarawak kini mengkaji dasar dan peraturan yang sesuai bagi trend penginapan pelancong tersebut.

“Kajian akan dilakukan oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan ini bersama-sama Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Blok Pandelela
di P’Residence, Jalan Batu Kawah di sini.

Abang Johari menambah, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian turut meng-
kaji kemungkinan untuk Kerajaan Sarawak membina sendiri penginapan itu.

“Ia akan dibangunkan pada harga yang sangat murah di kawasan pedalaman.

“Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang datang untuk tujuan perubatan,” ujarnya.

Di republik Indonesia dan Australia menurutnya, sudah ada kemudahan seperti itu.

“Malah penduduk tempatan menyewakan banglo dan pangsapuri untuk pelancong bagi membolehkan mereka sekeluarga tinggal bersamasama,” katanya lagi.

Mengenai perbezaan pangsapuri dan inap desa kata Abang Johari, ia lebih kurang sama namun kemudahan pangsapuri lebih selesa berbanding inap desa.

Terdahulu, turut berlangsung majlis penyerahan kunci pangsapuri kepada ratu terjun negara, Pandelela
Rinong Pamg sebagai hadiah kepadanya selepas memenangi pingat perak dalam Sukan Olimpik Rio De Jeinero
pada 2016.

Hadiah pangsapuri tersebut disumbangkan oleh pemaju kediaman tersebut, enaga Stabil Sdn Bhd.

Suara Sarawak