Warga Myanmar lemas di Pelabuhan Samalaju

BINTULU: Seorang pekerja syarikat aluminium di Taman Perindustrian Samalaju di sini, dikhuatiri lemas semasa mandi di Pantai Samalaju berhampiran Pelabuhan Samalaju, petang Rabu.

Mangsa dikenalpasti sebagai Aung Thu, warganegara Myanmar dan berumur 27 tahun

Operasi mencari dan menyelamat(SAR) segera diaktifkan sejurus pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Maritim Bintulu menerima aduan daripada Pegawai Penyiasat Sarjan Nor Hasmadi Husin daripada Balai Polis Samalaju pada jam 8 pagi Khamis.

Operasi SAR turut disertai anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Samalaju dengan kekuatan enam anggota dan Pasukan Polis Marin Kemena dengan operasi pencarian melibatkan sekitar kawasan pantai(Samalaju).

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Maritim Bintulu turut menubuh serta mengaktifkan Pangkalan Hadapan CARILAMAT di Pantai Samalaju.

Sehingga berita ini ditulis, gerakan mencari mangsa masih diteruskan.

Suara Sarawak