KUCHING: Pakatan Harapan (PH) Sarawak memberi sokongan penuh kepada Ketua Umumnya untuk menjadi Perdana Menteri Kelapan.

Perkara itu dinyatakan oleh Pengerusi PH Sarawak, Chong Chieng Jen yang secara terbuka memberitahu Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri Kelapan.

“Sempena dengan perayaan Tahun Baharu Cina tahun ini, kita telah menetapkan agenda untuk menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri Kelapan.

“Malah, ini adalah persetujuan komponen parti dalam PH dan ia harus dicapai bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan tengah hari PH Sarawak bersama Anwar sempena Tahun Baharu Cina di sebuah restoran terkemuka di sini hari ini.