BINTULU: Harus dipastikan setiap ahli JKKK Rumah panjang tidak dilantik hanya dari kalangan sebuah keluarga atau saudara mara sahaja.

Sebagi contoh jika seseorang itu memegang jawatan sebagai pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) adalah tidak dibenarkan atau digalakkan sesekali untuk melantik anak, isteri, menantu atau saudara terdekat memegang jawatan sebagai setiausaha, bendahari dan dan lain – lain jawatan, demikian tegas Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang- Undang dan Adat Bumiputera) Datuk John Sikie Anak Tayai.

Ini, jelas beliau adalah bagi memastikann khususnya kewangan JKKK ditadbir dan diurus dengan baik dan telus.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan upacara ‘Ngentak Rumah Panjang Baharu JKKK Kepayang Jaya, bertempat di Rumah Kechendai, Kepayang Jaya, Sungai Arip Selangau, semalam.

Beliau yang juga ADUN Kakus turut mengingatkan setiap penduduk rumah panjang yang membina rumah panjang baharu harus memastikan tapak rumah panjang mereka adalah tanah NCR dan bukan diatas reserve jalan.

Sehubungan itu, John Sikie menyeru pihak JKKK untuk memohon geran tanah bagi tapak rumah panjang daripada pihak Jabatan Tanah dan Survei.

Ini bagi mengelak daripada sebarang kejadian yang tidak diingini berikutan dewasa ini terdapat banyak berita berkaitan isu tanah disebarkan d tidak tepat di media sosial.

Oleh yang demikian komuniti sesebuah kampung atau rumah panjang harus memohon daripada pihak Jabatan Tanah dan Survei untuk mendapatkan geran tanah, tambahnya lagi.

Pada majlis tersebut, ADUN Kakus itu turut mengumumkan geran sebanyak RM40,500 kepada JKKK dan RM4,500 kepada Biro Wanita JKKK Kepayang Jaya, Selangau.

Turut hadir Datin Melia Gelen, Pemanha Gerosen Jubin dan Penghulu Lasit anak Bajieng.