SIBU: Sebanyak 500,000 batang rokok putih pelbagai jenama yang tidak diluluskan oleh pihak kastam dirampas dalam satu serbuan dan pemeriksaan ke atas beberapa bungkusan yang ditemui berhampiran kawasan jeti Kapit dan Song Ship Cargo Sibu Selasa lalu.

Menurut Pengarah Kastam Negeri Sarawak Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha serbuan dijalankan sekitar jam 10.15 pagi bersama-sama sepasukan anggota Operasi dan Marin, Bahagian Penguatkusaaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sibu.

“Hasil pemeriksaan ke atas 50 mastercase, mendapati sebanyak 500,000 batang rokok putih pelbagai jenama yang tidak lulus kastam dengan anggaran nilai dan cukai terlibat ialah sebanyak RM 357,500.00.

“Manakala maklumat daripada perisikan, mendapati sejumlah rokok yang disyaki tidak lulus kastam tersebut akan dihantar ke destinasi pedalaman di Sarawak mengunakan kapal kargo dan rokok-rokok tersebut dipercayai akan dipunggah mengunakan jeti awam di Jalan Temple Sibu,” katanya.

barang rampasan melibatkan 500,000 batang rokok putih pelbagai jenama yang tidak diluluskan oleh pihak kastam