KUCHING: Jabatan Imigresen Sarawak menolak kemasukan 42 pelawat di pemeriksaan ketibaan dari 1 Februari hingga semalam (7 Februari) sebagai usaha mengekang penularan wabak koronavirus 2019-nCoV di negeri ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pe- ngurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, pemeriksaan tahap kesihatan pelawat untuk memasuki negeri ini dilakukan di LTAK, Sibu, Bintulu, Miri dan Mulu serta di pos kawalan sempadan (ICQS) Biawak, Sungai Tujoh dan Mengkalap.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 22 warga China (10 lelaki dan 12 wanita), tujuh dari Hong Kong, enam dari Indonesia, empat dari Brunei serta masing-masing satu dari Britain, Jepun dan Singapura.

“Mereka dilarang memasuki Sarawak kerana melawat China dalam tempoh 14 hari lalu,” katanya menerusi satu kenyataan.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri merekodkan enam lagi pesakit di bawah siasatan (PUI) sehingga semalam.

“Daripada jumlah itu, enam di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan satu di Hospital Bintulu. “Kewujudan kes baharu itu menjadikan 46 kes PUI kumalatif dari 10 Januari hingga semalam.

“Bagaimanapun, 34 disahkan negatif daripada jangkitan koronavirus manakala 12 lagi masih menunggu keputusan ujian makmal termasuk enam kes baharu,” jelasnya.

Jabatan Kesihatan Negeri turut menasihati orang ramai agarmengamalkan tatatertib batuk yang betul.

“Orang ramai juga dinasihati untuk sentiasa mencuci tangan selepas batuk atau bersin. “Bagi yang mengalami batuk, sila gunakan penuutp mulut dan hidung,” ujarnya.

Katanya lagi, sekiranya mengalami gejala susah bernafas dan batuk lebih daripada 14 hari, perlu mendapatkan rawatan di hospital berhampiran.

Malah, semua doktor daripada hospital kerajaan dan swasta harus segera memaklumkan Pusat Kesediaan dan Tindak Balas Krisis (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri jika terdapat kes disyaki.