SIBU: Seorang lelaki berusia 52 tahun tidak sedarkan diri akibat terjatuh daripada bumbung tingkat satu sebuah bangunan di Pekan Sungai Merah, semalam.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Bomba dan Penyelamat Sarawak, pihaknya menerima laporan kejadian sekitar pukul 5.56 petang.

Katanya, mangsa dikenali sebagai Rayul Galaw, 52 tahun, terjatuh ketika mengambil ikan masin yang dijemur di atas bumbung bangunan dua tingkat tersebut.

“Mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri ketika pemeriksaan dijalankan ke atasnya,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pasukan operasi Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah yang tiba di lokasi hanya membuat pemeriksaan awal terhadap mangsa berikutan pihak pihak ambulan Kementerian dan Kesihatan (KKM) turut hadir di lokasi.

Tambahnya, mangsa kemudiannya segera dibawa ke Hospital Sibu oleh pihak KKM untuk dirawat lanjut.

Terdahulu, ujarnya seramai lapan anggota BBP Sungai Merah diketuai PBK II Joseph Balon hadir di lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.