BINTULU: Mangsa kebakaran Rumah Dingon Megong di Skim Penempatan Semula Sekuau, Sibu terus mendapat simpati dan bantuan daripada orang ramai.

Pergerakan Wanita dan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB) Cawangan N60 Kakus diketuai Pemanca Gerosen Jubin tidak ketinggalan menunaikan tanggungjawab sosial korporat dengan menghulurkan sumbangan.

Gerosen berharap sumbangan itu, sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mangsa atas musibah yang menimpa.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersetuju untuk menyumbang sebanyak RM22,000 kepada mangsa kebakaran di rumah panjang terbabit.

Hadir bersama rombongan tersebut, Ketua Wanita PBB Cawangan N60 Kakus, Rohana Abdullah.