BINTULU: Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu bersama lima Pembantu Pengajar Bahasa Inggeris(English Teaching Assistant atau ETA) dan Guru Mentor mengadakan kunjungan Muhibbah terhadap Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu, di sini.

Kunjungan tersebut lebih kepada suai kenal serta menjalinkan hubungan baik antara pihak Polis Diraja Malaysia dengan peserta ETA yang merupakan tenaga pengajar dari luar negara.

Ia juga bertujuan untuk mendapatkan gambaran umum keadaan Daerah Bintulu serta mendapatkan nasihat berkaitan keselamatan sepanjang peserta ETA berada di Bintulu memandangkan ini merupakan kali pertama mereka tiba dan berada di Bumi Kenyalang.

ETA adalah sebuah program kerjasama antara kerajaan Malaysia dengan negara luar dibawah program memperkasakan Bahasa English di kalangan pelajar sekolah.