KUCHING: Tindakan Petros yang mewajibkan semua tetamu termasuk media menjalani pemeriksaan kesihatan dalam setiap acara anjurannya dipuji.

Langkah itu penting bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap Covid-19 penting walaupun belum ada laporan kes positif jangkitan itu di negeri Sarawak.

Bangga dengan langkah Petros itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian memberitahu, ia penting untuk mengekang penularan wabak Covid-19 yang sudah meragut l ebih 1,000 nyawa di negara China.

Beliau berkata demikian kepada media selepas hadir pada Majlis Menandatangi Perjanjian Gas Domestik antara Petros dan Petronas yang disaksikan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Sementara itu, memetik Bernama, Covid-19 adalah nama rasmi bagi novel koronavirus 2019 atau 2019-nCov untuk virus baharu yang pertama kali dikesan di Wuhan, China pada Disember tahun lalu.

Mengumumkan nama tersebut, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan edunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus menyatakan co bermaksud ‘korona’, vi pula virus) sementara d adalah penyakit.

“Kami kini mempunyai nama bagi penyakit #2019nCoV : COVID-19,” katanya dalam siaran video di laman Twitter rasmi WHO.

Setakat ini 42,704 kes positif dilaporkan sementara sebanyak 1,017 kematian dicatatkan akibat Covid-19.