KUCHING: Malang tidak berbau bagi seorang warga emas yang ingin keluar dengan memanjat batang besi jeriji pagar rumahnya apabila tertusuk di celah kangkang paha sebelah kanan.

Kejadian berlaku di Lorong Indah Borat di Sibu pada jam 10.31 pagi tadi apabila mangsa ingin keluar rumah tetapi kunci dibawa oleh anaknya.

Mangsa seorang wanita dikenali sebagai Wa Ai Hua berusia 72 tahun kemudian memanjat batang besi jeriji pagar rumah berkenaan.

Bagaimanapun, mangsa tertusuk di celah kangkang paha sebelah kanan.

Berikutan itu, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu dengan kekuatan lapan anggota yang diketuai PBK II Shahrulnizam dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

Pihak bomba kemudiannya bertindak memotong jeriji besi berkenaan.

Mangsa selepas itu diserahkan ke pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.

Kelihatan anggota bomba berusaha menyelamatkan seorang warga emas tertusuk besi di Sibu pagi tadi

Warga emas berkenaan diberi rawatan lanjut.