KUCHING: Ketua Polis Daerah Bau, DSP Poge Nyaon hadir bersama bagi mengetuai program bertemu pelanggan dan profil tinggi kepolisan (Walkabout) di Ming-Ming Food Court, Pekan Bau semalam.

Program menyaksikan beliau bertemu sendiri kepada seramai 40 peniaga di setiap premis perniagaan masing-masing.

Jelas beliau, tujuan program dijalankan bagi mendekati serta mendapatkan reaksi secara terus di samping menghilangkan perasaan takut masyarakat dalam menyampaikan maklumat kepada pihak polis.

Program menyaksikan kesemua Ketua Bahagian Balai Bau dan juga Siniawan tampil turun padang serta kaunter setiap bahagian turut dibuka untuk orang awam membuat aduan, menyampaikan maklumat dan mengajukan pertanyaan, semakan saman dan Amanita telah dibuka sepanjang majlis.

Dalam pada itu, masyarakat dilihat telah memberikan maklum balas positif dengan rata-rata menyambut baik kehadiran pihak PDRM di kawasan mereka.

POSITIF… Masayarakat terutamanya peniaga memberikan maklum balas positif terhadap kunjungan PDRM di kawasan mereka