BINTULU: Sebanyak 2,000 benih pokok spesies Engkabang Jantong berjaya ditanam oleh seramai 200 orang peserta terdiri daripada kalangan pelajar Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) dan kakitangan Sime Darby Plantation Bintulu dalam program Forest Tree Planting & Riparian Buffer Zon Conservation Program @ Sarawak Region.

Program yang merupakan kerjasama Sime Darby Plantation dan Yayasan, UPMKB dan Jabatan Hutan Sarawak disempurnakan Timbalan Pengarah Hutan Sarawak, Jack Liam.

Selain penanaman anak benih pokok Engkabang, turut diadakan juga pertukaran surat perjanjian kerjasama antara Sime Darby Plantation dengan UPMKB mengenai program konservasi di kawasan Utara Sarawak.

Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah Sime Darby Plantation Sarawak, Rajikumar V Ramasamy dan Ketua Strategik Perhubungan Korporat dan Perhubungan UPMKB, Dr. Mohammad Maulana bin Magiman hadir sama.