KUCHING: Sebanyak 87,953 permohonan bagi mendapatkan Kad Emas Kenyalang berjaya didaftarkan sehingga 13 Februari tahun ini.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, Kuching mencatat permohonan tertinggi sebanyak 23,366 diikuti Sibu (12,028 ), Miri (8,887), Sarikei (6,625), Betong (6,726), Sri Aman (6,431), Limbang (4,761), Samarahan (4,176), Bintulu (4,056), Mukah (3,531) dan Serian (2,303).

“Pelancaran kad ini akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 7 Mac di Pusat Konvesyen Borneo..

“Turut disampaikan segala bantuan yang diselaraskan di bawah kementerian iaitu EFS, bantuan kepada ibu bersalin, geran tahunan kepada taska dan tadika berdaftar dan geran usahawan,” katanya.

Beliau berkata selepas sesi penyerahan borang permohonan kad oleh Pusat Khidmat Batu Kawa dan SUPP Pending di Bangunan Baitulmakmur semalam.