SKUAD Sarawak United II layak ke pentas Piala FA setelah membelasah pasukan Red Spade United FC 6-1 dalam aksi kelayakan di Stadium Majlis Perbandaran Ampang petang tadi.

Azrizan Ahmad meledakkan empat gol pada minit ke-10, 59, 62 dan 81. Manakala dua lagi gol disumbangkan oleh Amar Muaz pada minit ke-71 dan M. Hafizie minit ke-75.

Manakala gol tunggal Red Spade dijaringkan oleh M. Shafit seawal minit pertama.

Kedudukan terikat 1-1 pada babak pertama, namun SU II bangkit hebat pada babak kedua dengan lima ledakan gol bagi melengkapkan kemenangan besar 6-1.

Skuad SU II dikemudi oleh jurulatih dari Ghana, Sam Timbe. Malah mereka turut dibarisi dua pemain handalan dari Ghana.

SU II akan beraksi dalam Liga M3 2020 yang bakal disertai 12 buah pasukan.

Sementara itu, beberapa lagi saingan kelayakan Piala FA 2020 yang berlangsung petang tadi dan esok.

Ia menandakan bermulanya saingan Liga Malaysia 2020 yang secara rasmi akan dibuka pada 28 Februari ini, dengan mempertemukan dua pasukan gergasi, JDT dan Kedah di Stadium Sultan Ibrahim, Larkin.