KUCHING: Pengarah Urusan Borneo Eco Fish Thomas Hii Tiong Kong berkata, syarikat itu memberi jaminan untuk membekalkan ikan tilapia tanpa rasa lumpur, bebas antibiotik dan memperoleh pensijilan Analisis Bahaya dan Kawalan Titik Kritikal (HACCP).

Kesemua produk yang didatangkan dari ladang ternakan dan kilang pemprosesan kami mempunyai pensijilan Amalan Pertanian Baik (MyGap) serta halal. “Kami telah meraih skala ekonomi yang sangat berdaya saing, sekali gus membolehkan kami menawarkan produk premium berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan,” katanya semalam.

Ladang ternakan ikan tilapia Borneo Eco Fish Sdn Bhd di kawasan tasik seluas 247 hektar di Empangan Hidroelektrik Batang Ai di Lubok Antu 5,000 sangkar dan menghasilkan lebih 100 tan ikan talapia setiap bulan serta menjadi pengeluar ikan tilapia terbesar di Sarawak.

Pengeluaran ladang terbabit dijangka mencecah 150 tan setiap bulan pada penghujung tahun ini dengan pembukaan kilang baharu dan pusat pemerosesan serta pusat penetasan di Batang Ai.