SKUAD Sarawak United FC IV sepatutnya meraih tiga mata setelah mendahului 1-0 sepanjang 83 minit ketika menentang Negeri Sembilan dalam aksi sulung Kejohanan Piala Belia 2020 di Stadium Bandar Raya Miri petang Ahad lalu.

Namun malangnya, skuad pelawat menjaringkan dua gol pantas dalam tempoh tiga minit iaitu pada minit ke-85 dan 88.

SUFC IV membuka tirai jaringan pada minit ke-32 melalui Shane Thomas Baru, namun Negeri Sembilan bangkit meledakkan dua gol para penghujung saingan melalui Muhammad Zaidi Abdul Hamid dan Amirul Hakimi Rosli.

SUFC IV akan menentang Kuala Lumpur dalam aksi kedua di gelanggang lawan Ahad ini.

Ia merupakan pengajaran penting buat skuad pimpinan David Usop bersama-sama Pengiran Bala.

Namun ia hanyalah permulaan, masih banyak perlawanan yang menanti selepas ini. Untuk rekod pasukan belia Sarawak tidak pernah menyerlah dalam kejohanan tersebut sejak beberapa tahun.

Dalam saingan kali ini, SUFC IV diundi dalam Kumpulan B bersama-sama Negeri Sembilan, UKM FC, JDT IV, UiTM FC, Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Sabah dan PJ City FC.