Andreana Celly dan Nicholas Stindin dinobatkan Miss and Mr Cute Sarawak 2020

KUCHING: Andreanna Celly 16 dan Nicholas Stindin 27 telah dinobatkan “Miss and Mister Cute Sarawak 2020″, dalam satu majlis yang diadakan di Auditorium Mahkamah Lama Kuching malam semalam.

Andreanna Celly yang merupakan antara peserta termuda menyertai pertandingan tersebut tidak menyangka merangkul gelaran Miss Cute Sarawak 2020 setelah penglibatan kali pertama beliau pada tahun lalu di Miss Christmas dan membawa gelaran ‘Little Miss Chrsitmas 2019”.

Gadis berketurunan Bidayuh dan berasal dari Lundu ini juga memberitahu dia berasa sangat gembira kerana di berjaya memperoleh kejayaan pada malam tersebut dan berjaya membanggakan kedua ibu bapanya.

“Semestinya ibubapa, keluarga dan rakan adalah motivasi saya untuk terus menyertai pertandingan ini ini hadiah buat mereka , dan termasuklah bantuan dari pengarah program ini Nickson Sim yang tidak putus-putus mengajar kami sepanjang pertandingan.

“Kepada sesiapa yang sebaya saya berminat untuk turut serta dalam pertandingan sebegini, saya nasihatkan teruskan mengejar impian anda itu, jangan peduli dengan kata-kata negatif orang sekeliling dan paling penting jangan mudah berputus asa walaupun ada yang tidak suka dengan kita,”katanya dengan wajah gembira.

Andreanna Celly (kiri) dan Nicholas Stindin bergamabr bersama pemenang-pemenang yang lain

Buat Nicholas Stindin, yang berdarah Iban dan Bidayauh berasal dari Lubuk Antu berasa begitu terkejut dan tidak menyangka penglibatannya di dalam pertandingan ‘pageant’ lelaki moden pada kali itu menempatkan beliau sebagai juara.

“Sebelum ini saya pernah terlibat dalam pertandingan sebegini tetapi lebih kepada konsep tradisional, namun ini ialah pengalaman pertama saya kerana saya ingin mencuba sesuatu yang baru dalam hidup saya.

“Kepada sesiapa yang ingin mencuba mengasah bakat dalam pertandingan sebegini, saya nasihatkan keyakinan diri sangat penting dalam menonjolkan diri kita,”katanya.

Dalam pertandingan bertemakan “Cute is The New Sexy’ tersebut, seramai 14 finalist telah berjaya menempatkan diri sehingga ke peringkat akhir, selain itu kesemua peserta juga telah mempromosikan advokasi iaitu “Say No to Drug” #CuteTanpaDadah sebagai usaha memberi kesedaran kepada orang awam tentang bahaya penyalahgunaan dadah.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak