Breaking News: Dr Mahathir dilantik menjadi Perdana Menteri interim

SHAH ALAM: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan menerima peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali berkata, walaubagaimanapun, Baginda berkenan melantik Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri interim sementara menunggu pendirian baru Perdana Menteri selaras dengan Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan.

“Justeru, selaku Perdana Menteri sementara, beliau akan menguruskan pentadbiran Negara sehingga Perdana Menteri dan ahli kabinet yang baru dibentuk,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Mahathir telah menyerahkan surat peletakan jawatan Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong pada jam 1 petang tadi.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak