GPS sokong Mahathir

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) berpendirian menyokong sepenuhnya Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad untuk terus menerajui kepimpinan negara.

Setiausaha Agung GPS Datuk Alexander Nanta Linggi berkata sokongan itu telah pun disampaikan secara rasmi kepada Yang di-Pertuan Agong dan Mahathir pada Ahad lalu oleh Ketua Menteri selaku pengerusi GPS, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Ketua Menteri telah mendapat mandat sebulat suara daripada Majlis Kepimpinan Tertinggi GPS dan kesemua Ahli Parlimen GPS, memberikan sokongan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk terus menerajui kepimpinan Malaysia, demi kepentingan negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjawab spekulasi yang tersebar mengenai GPS dalam kemelut politik semasa negara.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak