Helikopter terhempas di Marudi

KUCHING: Dua juruterbang terselamat apabila helikopter jenis Bell206 yang dinaiki mereka dengan call sign 9MAZK terhempas ketika dalam penerbangan dari Marudi ke pangkalannya di sempadan Brunei petang tadi.

Sumber industri penerbangan berkata, kedua-dua juruterbang Kapten Mohd Dom Wahab dan Kapten Muhd. Amirul Asraf selamat dalam kejadian pada jam 5.57 petang.

“Kedua-duanya selamat dan akan dibawa keluar menggunakan laluan darat,” katanya sambil menambah, sebelum kejadian helikopter itu telah menurunkan tiga kakitangan Jabatan Ukur dan Pemetaan (Jupem) untuk kerja-kerja pengukuran di Marudi.

Ketua Polis Daerah Marudi, DSP Jo Hang ketika dihubungi Suara Sarawak mengesahkan kejadian ketika dihubungi sebentar.

Katanya, helikopter itu sepatutnya tiba di pangkalan selepas satu jam 40 minit penerbangan dari Marudi.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak