KUCHING: Seorang lelaki tempatan mengaku terdesak untuk mencuri barangan di pasar raya dan dijual balik bagi membayar tunggakan bil elektrik dan air di rumah keluarganya.

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara 45 hari yang dikenakan terhadap tertuduh yang berusia 27 tahun berjalan dari tarikh 21 Januari lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan setelah mengaku melakukan mencuri lapan bungkus keju, 13 bungkus mentega berjenama Anchor dan sebungkus Kopiko 3 dalam 1 di pasar raya terbabit.

Dia mengaku melakukan kesalahan itu pada jam 4.08 petang di kawasan Petra Jaya pada 19 Julai lalu.

Dalam membuat rayuan bagi pihak tertuduh peguamnya memberitahu mahkamah bahawa ketika kejadian, tertuduh yang tidak bekerja ditugaskan untuk menjaga adik-adiknya yang masih kecil.