KUCHING: Kabinet Persekutuan yang akan dibentuk tidak lama lagi akan menggunakan formula Perikatan Nasional + Gabungan Parti Sarawak (PN+GPS).

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mendedahkan, ini kerana GPS merupakan entiti politik tersendiri dalam kabinet itu.

“Keputusan menggunakan formula PN+GPS ini dibincangkan dengan Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Yassin dan beliau telah bersetuju.

“Kita membuat keputusan itu kerana mengambil kira kepentingan nasional dan rakyat Sarawak terutamanya,” katanya sebentar tadi.