KUCHING: Tiga pemuda termasuk dua juvana yang terbabit dalam kes kesalahan seksual terhadap seorang gadis bawah umur dibebaskan dengan jaminan ibu bapa mereka sendiri, semalam.

Bagi kes pertama, seorang pemuda berusia 19 tahun dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dengan dua penjamin tempatan dan diarah mendepositkan RM2,000 tunai setelah dia mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh telah meramas buah dada mangsa berusia 14 tahun secara fisikal sekitar jam 9 malam, 24 Februari lalu di tepi Jalan Kampung Santubong di sini.

Untuk pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memasukkan jarinya ke dalam kemaluan mangsa yang sama, pada masa dan hari yang sama serta tempat yang sama.

Dia dituduh di bawah Seksyen 14(a) Akta yang sama bagi kesalahan itu dan kes akan disebut semula pada 30 Mac depan.

Sementara di dalam bilik Mahkamah Majistret berasingan, seorang rakan yang berusia 17 tahun dibenar bebas dengan jaminan RM5,000 dengan ibunya sebagai penjamin setelah dia mengaku tidak bersalah terhadap kes di bawah Seksyen 14(b) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Tertuduh dibenarkan bebas dengan jaminan. Kes akan disebut semula pada 3 April depan.

Tertuduh yang masih juvana didakwa melakukan kesalahan seksual terhadap mangsa yang sama dengan mengarahkannya menghisap kemaluannya pada jam 9 malam, 24 Februari di Kampung yang sama.

Tertuduh terakhir, yang juga berusia 17 tahun dibebaskan dengan jaminan RM5,000 oleh ibunya (sebagai penjamin).

Kes itu akan disebut semula pada 7 April depan. Tertuduh juga didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Dia telah melakukan kegiatan seksual (menghisap buah dada) terhadap mangsa yang sama pada jam 9 malam, 24 Februari lalu di tempat yang sama.