TATAU: Pelaksanaan Projek Skim Pembekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES) platform terbaik dalam membantu penduduk luar bandar yang tinggal di luar talian grid elektrik menikmati kemudahan bekalan elektrik 24 jam.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang – Undang dan Adat Bumiputera) Sarawak, Datuk John Sikie Tayai berkata sejak diperkenalkan pada 2016, SARES ternyata membantu penduduk rumah panjang serta kampung terpencil di negeri ini menikmati bekalan elektrik yang lebih murah dan selamat sama ada menggunakan sistem solar atau mikro hidro.

Melalui pelaksanaan SARES, ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban penduduk luar bandar khususnya rumah panjang dan kampung terpencil yang terpaksa bergantung kepada penggunaan janakuasa untuk mendapatkan bekalan elektrik,katanya semasa berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Gani Suat di Sungai Batu Anap, semalam.

Projek SARES merupakan inisiatif Kerajaan Negeri dalan membantu penduduk luar bandar menikmati kemudahan bekalan elektrik 24 jam.

Di kawasan Tatau, projek SARES telah dilaksanakan di kawasan Ulu Kakus dan Penyarai yang mana penduduk telah menikmati kemudahan elektrik 24 jam, manakala bagi kawasan Anap pula, dua buah rumah panjang iaitu Rumah Gerunsin dan Rumah Ghani.

sebahagian tetamu yang hadir pada program Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Gani Suat di Sungai Batu Anap, Tatau.

Sehubungan itu, John Sikie yang juga ADUN Kakus berharap rakyat akan terus menyokong usaha Kerajaan Sarawak dibawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam memastikan semua projek pembangunan dapat dilaksanakan dengan lancar di negeri ini.

“Inilah kita (barisan kepimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang mana projek pembangunan demi keselesaan rakyat akan sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap agenda perjuangan kita dalam membela nasib rakyat,” tambah beliau.

Dalam isu berkaitan, beliau turut mengumumkan pelaksanaan pembinaan jalan menuju ke Rumah Gani di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) serta bantuan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM5, 000 kepada Biro Wanita dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Gani.

Pegawai Tadbir Daerah Tatau, Calvin Ligong Bujang, Pemanca Gerosen Jubin, Penghulu Lubon Kinchang, Penghulu Allister dan Penghulu Micheal Agul hadir sama.

sebahagian tetamu yang hadir pada program Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Gani Suat di Sungai Batu Anap, Tatau.