KUCHING: “Alhamdulillah… satu lagi kejayaan kepada kita.” Itu luahan Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Kerajaan Negeri Persekutuan dan Pemantauan Projek) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Beliau berkata demikian mengulas keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya menolak rayuan Petronas untuk melucutkan kelayakan Pesuruhjaya Kehakiman Christopher Chin daripada mendengar saman berhubung cukai jualan negeri (SST) yang dikemukakan Kerajaan Sarawak terhadap Petronas, semalam.

“Hari ini (semalam) rayuan yang dibuat oleh Petronas untuk mengetepikan Pesuruhjaya Kehakiman daripada mendengar kes yang difailkan Kerajaan Sarawak gagal.

“Kesemua panel tiga hakim di Mahkamah Rayuan menolak permohonan rayuan Petronas ini,” katanya di sini semalam.