LUNDU: Sembilan lelaki dipercayai individu terlibat salah guna dadah ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sarawak hasil ops Sharp pada tiga lokasi berasingan, pada Sabtu.

Ketua Operasi AADK Jesnik Gindol berkata, kesemua suspek yang ditahan masing-masing berusia 20 hingga 40 tahun.

Menurutnya, operasi dilakukan melalui pemeriksaan ujian saringan awal air kencing terhadap suspek.

“Sembilan suspek diperiksa hasil operasi pada tiga lokasi di kawasan Lundu, iaitu Kampung Pasir Tengah, Sileng Melayu dan Kampung Stunggang Melayu.

“Hasilnya, tujuh daripada mereka didapati positif dadah jenis Methamphetamine atau syabu,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu, ujarnya, kesemua suspek telah pun ditangkap mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

UJIAN… Ujian saringan awal air kecing dilakukan kepada semua individu yang disyaki