MIRI: Seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam keadaan masih bertali pusat, dipercayai ditinggalkan di sebuah pondok menjual ikan berhampiran Taman Buaya di Jalan Kuala Baram, pagi tadi.

Bayi yang dibalut dengan kain batik itu ditemui oleh seorang wanita di atas lantai di pondok tersebut, sekitar jam 10 pagi.

Wanita tersebut bertindak memaklumkan penemuan itu kepada seorang lelaki yang kebetulan berada berhampiran di kawasan pondok tersebut bersama ahli keluarganya sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa.