MUKAH: Bagi memeriahkan lagi sambutan Pesta Kaul Mukah 2020, pertandingan Teluwaih Jinih akan dilangsungkan pada 18 April (Sabtu) mulai jam 8 malam hingga 11.30 malam.

Ia adalah anjuran Pertubuhan Kebudayaan dan Kesenian Sri Ritma Borneo Mukah.

Menurut jurucakap pertandingan, Sykekumeto Smith yang juga Pengerusi Sri Ritma Boneo, ia terbuka kepada penduduk di Mukah atau luar Mukah yang berbangsa Melanau atau campuran Melanau.

“Peserta mestilah perempuan yang berumur 17 tahun hingga 35 tahun serta masih bujang.

Ketinggian tanpa berkasut hendaklah sekitar 154 sentimeter dan ke atas.

“Pertandingan ini berkonsepkan busana tradisional Melanau dan pakaian/gaun kontemporari Melanau dan disediakan sendiri oleh peserta.

“Semua peserta mestilah menghantar gambar bersaiz 4R, salinan surat beranak dan salinan kad pengenalan di dalam borang penyertaan. Yuran penyertaan ialah RM50,” katanya.

Bagi yang berminat sila ambil borang di alamat 2nd Floor Block A, Lot 1240 BL 68 SL3, Jalan Kampung Pinang, rumah kedai komersial Boulevard Setia Raja Mukah.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Sykekumeto Smith di talian 014-8840728 atau Noor Fauziana Mahmud (Sri Ritma Borneo) di talian 013-8310026.

Teluwaih Jinih merupakan salah satu daripada acara tradisi Pesta Kaul Mukah yang bertujuan untuk memberi peluang kepada generasi muda Melanau untuk menunjukkan bakat dan potensi masing-masing.