PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Perdana Putra di sini selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pagi ini.

Muhyiddin dilaporkan menghadap Seri Paduka untuk mempersembah dan mendapat perkenaan sebelum mengumumkan senarai barisan Jemaah Menteri pada petang ini.

Kenderaan yang membawa Muhyiddin  dilihat masuk ke Perdana Putra pada pukul 1.13 tengah hari.

Muhyiddin, 72, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan pada 1 Mac lepas.