KUCHING: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada pukul 11 pagi ini untuk mempersembahkan senarai barisan jemaah menteri Kerajaan Persekutuan.

Menurut kenyataan media Pejabat Perdana Menteri sebentar tadi, selepas mendapat perkenan baginda, Perdana Menteri dijangka akan mengumumkan senarai jemaah menteri tersebut jam 5 petang ini di Pejabat Perdana Menteri Putrajaya.