KUCHING: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dikhuatiri hilang selepas terjatuh di sebuah jeti Kampung Buntal, Santubong sekitar jam 3 petang, hari ini.

Sumber di tempat kejadian memberitahu, mangsa ketika kejadian bersama-sama dua rakannya dikatakan memancing di lokasi.

Mangsa dikenali sebagai Muhd Zainul Arif Jalani, dipercayai jatuh ke dalam sungai akibat tergelincir semasa menarik tali pancingnya kawasan tepi jeti berkenaan.

Mangsa bagaimanapun sempat ditarik kawannya ketika kejadian, namun genggaman kawannya terlepas menyebabkan mangsa gagal diselamatkan.

Terdahulu, beberapa bot-bot milik warga kampung kini dalam usaha membantu mencari mangsa pada jarak sekitar satu kilometer daripada lokasi kejadian.

TIMBUL… Mangsa pada awalnya timbul lalu ditarik kawannya, namun tidak sempat ditarik ke atas lalu genggaman kawannya terlepas menyebabkan mangsa hanyut

JATUH… Lokasi mangsa dikatakan terjatuh semasa kejadian