KUALA LUMPUR: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA) hari ini menzahirkan sokongan terhadap pimpinan baharu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang diterajui Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai menteri manakala timbalannya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Dalam satu kenyataan hari ini, Presiden ANGKASA Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata barisan kepimpinan tertinggi badan itu serta lebih 14,000 koperasi di seluruh negara juga yakin amanah yang diberi kepada menteri dan timbalan menteri itu akan dapat dilaksanakan sebaik-baiknya demi memajukan gerakan koperasi negara.

“ANGKASA yakin kerjasama erat dengan kementerian ini akan terus diperkasa untuk meningkatkan sumbangan gerakan koperasi negara kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) selain merangsang pertumbuhan sosioekonomi negara serta membantu kerajaan menangani peningkatan kos sara hidup,” katanya.