LIMBANG: Sarakup Dayak Iban Sarawak (Sadia) Bahagian Limbang memberi sokongan padu terhadap Menteri Pengangkutan baharu.

TImbalan Pengerusi Sadia Jangan Bakar berkata, Hasbi Habibollah banyak memberi sumbangan besar kepada pembangunan komuniti sejak menjadi Ahli Parlimen Limbang.

“Sadia menzahirkan setinggi-tinggi tahniah kepada perlantikkan Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan baharu.

“Sokongan tidak berbelah bagi masyarakat Iban seluruh Limbang akan terus diberikan kepada beliau,” katanya.

Jangan menegaskan, sebagai menteri, diharapkan Hasbi meneruskan sumbangan bakti kepada komuniti Iban dan masyarakat lain yang ada di Limbang.

“Tidak disangkal lagi, Hasbi memang seorang wakil rakyat yang sangat kuat bekerja dan rajin.

“Sukar mencari seorang wakil rakyat seperti beliau yang sangat mesra rakyat,” katanya kepada media, semalam.

Jangan yakin, dengan lantikan timbalan menteri dari kawasan itu, Limbang akan terus berkembang.

Apa yang penting ujarnya, penekanan terhadap pembangunan kemudahan asas di kawasan luar bandar perlu diutamakan.

Menurutnya, ia bagi pembangunan di Limbang khususnya dapat berlaku dengan seimbang.