KUCHING: Mayat seorang kanak-kanak yang jatuh ke dalam sungai semasa memancing bersama rakannya di jeti Kampung Buntal pada Isnin lalu dijumpai sebentar tadi.

Mayat Zainul Arif Jalani, 11, dijumpai kira-kira jam 3.50 petang tadi oleh nelayan.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, mayat mangsa dijumpai pada jarak 2.5 kilometer dari Pos Kawalan Bomba iaitu di muka kuala sungai Kampung Buntal.

Operasi mencari dan menyelamat yang memasuki hari ketiga ditamatkan sekitar jam 4 petang tadi.