TELLIAN Daya menghidupkan peluang ke suku akhir setelah membelasah skuad Rumah Panjang Penipah 5-1 dalam aksi Kumpulan A Kejohanan Bola Sepak MuFA Piala Parlimen Mukah di Padang Mesra MDDM petang semalam.

Maradona Martin menjaringkan tiga gol pada minit keempat, 22 dan 65. Manakala dua lagi gol disumbangkan oleh Leonard William minit ke-50 dan Adi Kupun minit ke-70.

Manakala gol tunggal Penipah disumbangkan oleh Elton Owen Lubuk minit ke-11.

Dengan kemenangan itu, Tellian Daya meraih tiga mata setelah kalah kepada Tutus Ulu dalam aksi pertama.

Dengan barisan pemain yang dimiliki, Tellian Daya merupakan antara pasukan pilihan dalam kejohanan kali ini.

Namun mereka mesti meneruskan rentak kemenangan selepas ini jika mahu melayakkan diri ke suku akhir.

Petang esok pula menyaksikan pertemuan Tellian Laut A dan Tegak. Tiada perlawanan petang ini.

Manakala petang esok, pasukan Tutus Ulu akan menentang Batumas United.

Saingan semakin rancak dengan pasukan bertarung sengit untuk merebut lapan slot suku akhir.

JADUAL PERLAWANAN

RABU
Tellian Laut A Lwn Tegak

KHAMIS
Tutus Ulu FC Lwn Batumas United

JUMAAT
Tellian Laut B Lwn Leetonia

SABTU
Pekala United Lwn Leetonia JKKK

* Semua aksi di Padang Mesra
MDDM Mukah mulai 4.00 petang.