KUCHING: Ahli Parlimen Selangau memilih untuk menjadi ahli parlimen bebas dan menafikan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Baru Bian menjelaskannya dalam satu hantaran di laman sosial Facebook semalam.

“Mengenai bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PRK) yang menyertai Bersatu, saya ingin jelaskan yang saya bukan sebahagian daripadanya.

“Saya adalah Ahli Parlimen bebas dan saya komited untuk bekerja demi masa depan lebih baik kepada negeri ini dan rakyat Sarawak,” katanya.